1 00:00:06,400 --> 00:00:10,560 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,920 --> 00:00:15,880 SIRI INI IALAH VISI ARTISTIK PENCIPTA, INSPIRASI DARIPADA KEJADIAN SEBENAR. 3 00:00:15,960 --> 00:00:20,040 SEMUA WATAK TELAH DICIPTA UNTUK TUJUAN KISAH INI. 4 00:00:21,200 --> 00:00:22,760 WROCLAW, 25 MEI 1997 5 00:00:22,840 --> 00:00:28,320 Bandar tempat saya menjadi Datuk Bandar akan dilawati oleh Paus John Paul II, 6 00:00:28,400 --> 00:00:31,400 dan itu buat saya rasa sangat bangga. 7 00:00:31,480 --> 00:00:32,920 Saya setuju. 8 00:00:33,000 --> 00:00:37,920 Tuan, adakah kita tahu jadual sebenar lawatan itu? 9 00:00:38,000 --> 00:00:41,160 Kami mahu mengalu-alukan Paus dengan cara paling unik. 10 00:00:41,240 --> 00:00:44,280 Saya harap cuaca akan baik 11 00:00:44,360 --> 00:00:46,840 dan semuanya akan berjalan lancar. 12 00:00:46,920 --> 00:00:50,440 Kami merancang jadualnya sejak lebih setahun. 13 00:00:50,520 --> 00:00:54,160 Jadi, pendek kata, saya menjangkakan keraian besar untuk bandar kita. 14 00:00:54,680 --> 00:00:56,040 Harapnya begitulah, Datuk Bandar. 15 00:00:56,120 --> 00:00:57,480 Terima kasih. 16 00:00:57,560 --> 00:00:58,920 PENTING: ANALISIS BANJIR UNTUK BANDAR WROCŁAW DAN BARAT DAYA POLAND 17 00:00:59,000 --> 00:01:00,280 BERDASARKAN KAJIAN METEOROLOGI OLEH J. TREMER, M.SC. 18 00:01:25,560 --> 00:01:27,880 …kenderaan paus akan lalu jalan ini. 19 00:01:27,960 --> 00:01:32,040 Tuan-tuan, 1200 anggota polis, tentera, pertahanan awam… 20 00:01:32,120 --> 00:01:34,360 saya rasa itu cukup untuk Paus. 21 00:01:34,440 --> 00:01:36,240 Juga… 22 00:01:37,440 --> 00:01:38,920 Maaf, boleh saya teruskan? 23 00:01:39,920 --> 00:01:41,560 Sila teruskan, kolonel. 24 00:01:41,640 --> 00:01:45,640 Terima kasih, gabenor. Kita lakukan cara klasik, kita kepung kawasan itu. 25 00:01:45,720 --> 00:01:48,200 Petugas khas berpakaian biasa akan sertai orang awam. 26 00:01:48,280 --> 00:01:52,120 - Betul, Tuan Talarek? - Betul. Kami akan hantar yang terbaik. 27 00:01:52,200 --> 00:01:54,640 Hanya ada satu kawasan lemah. 28 00:01:55,240 --> 00:01:58,120 Jalannya sempit di sini, dekat Bendung Szczytnicki. 29 00:01:58,640 --> 00:02:00,560 Ada pembinaan di tebing sungai. 30 00:02:00,640 --> 00:02:03,560 Kita perlu tutup bahagian ini untuk orang awam. 31 00:02:03,640 --> 00:02:05,080 Jadi kita akan buat begitu. 32 00:02:05,160 --> 00:02:09,120 Bercakap tentang bendung, adakah kita dah bersedia untuk banjir? 33 00:02:09,200 --> 00:02:10,640 Banjir apa? 34 00:02:10,720 --> 00:02:12,680 Hari tak hujan. Hanya cuaca kering. 35 00:02:12,760 --> 00:02:14,240 Siapa tulis ini? 36 00:02:15,720 --> 00:02:16,720 Tremer? 37 00:02:17,760 --> 00:02:19,160 Siapa lelaki ini? 38 00:02:28,840 --> 00:02:32,800 ENAM MINGGU KEMUDIAN 39 00:02:36,000 --> 00:02:42,120 SELASA, 8 JULAI 1997, TANAH PAYA ŻUŁAWY 40 00:03:17,320 --> 00:03:19,440 Moja! 41 00:03:43,440 --> 00:03:45,000 Tak guna! 42 00:03:57,200 --> 00:03:59,120 Berundur… 43 00:04:06,120 --> 00:04:07,360 Berundur. 44 00:04:07,440 --> 00:04:11,200 Penglihatan yang bagus! 45 00:04:11,280 --> 00:04:13,000 Tempat yang cantik, ya? 46 00:04:14,000 --> 00:04:16,920 Kenapa cik sangat sedih? Rusa ini perlu ditembak. 47 00:04:17,520 --> 00:04:18,880 Tembak zakar awak sendiri. 48 00:04:18,960 --> 00:04:20,360 Apa awak cakap? 49 00:04:20,440 --> 00:04:24,839 - Rusa ini bersama anaknya. Awak salah. - Awak gila! Tak guna… 50 00:04:24,920 --> 00:04:26,800 Saya sangat marah. Beri dokumen awak! 51 00:04:26,880 --> 00:04:30,040 - Dokumen apa? - Kad memburu awaklah. 52 00:04:30,120 --> 00:04:31,720 Kad apa? 53 00:04:31,800 --> 00:04:34,000 - Jangan sentuh saya… - Kad ini! 54 00:04:34,640 --> 00:04:37,120 Mari! Moja, Rascal! 55 00:04:38,440 --> 00:04:39,480 Rascal! 56 00:04:50,040 --> 00:04:52,360 Hei! Saya dah bawa surat khabarnya. 57 00:04:52,440 --> 00:04:54,480 Saya meluat dengan motosikal ini… 58 00:04:54,560 --> 00:04:56,360 Tak guna. 59 00:04:59,080 --> 00:05:00,480 Apa yang berlaku? 60 00:05:27,360 --> 00:05:29,240 Kita perlu ke bandar hari ini. 61 00:05:29,320 --> 00:05:30,760 Saya kehabisan metadon. 62 00:05:33,560 --> 00:05:35,520 Kenapa awak masih mengambilnya? 63 00:05:35,600 --> 00:05:37,160 KEMUSNAHAN: POLAND BERDEPAN BANJIR ALAF INI? 64 00:05:37,240 --> 00:05:38,600 Awak tak perlukannya lagi. 65 00:05:39,320 --> 00:05:40,880 Sudahlah, okey? 66 00:05:40,960 --> 00:05:43,840 Awak tak patut ajar saya buat benda begini. 67 00:05:43,920 --> 00:05:46,200 Itu perkara terbaik saya pernah buat. 68 00:05:49,040 --> 00:05:51,040 Lagipun, awak tak nak saya 69 00:05:51,120 --> 00:05:53,760 jadi perempuan tak guna seperti ibu saya. 70 00:05:55,400 --> 00:05:57,640 Jika dia lebih tak guna daripada awak, 71 00:05:57,720 --> 00:05:59,400 saya bernasib baik sebab tak pernah jumpa dia. 72 00:06:01,200 --> 00:06:02,040 Kepada awak juga! 73 00:06:34,760 --> 00:06:36,920 Banyaknya asap. 74 00:06:37,000 --> 00:06:39,640 Bagaimana dengan tempat salai awak? Seluruh Żuławy busuk! 75 00:06:47,080 --> 00:06:48,480 Siapa ini? 76 00:06:48,560 --> 00:06:51,800 Si bodoh yang tembak seekor rusa betina. 77 00:06:51,880 --> 00:06:53,720 Rusa itu ada bersama anaknya. 78 00:06:56,040 --> 00:06:58,440 - Sebab itu awak begitu marah? - Ya. 79 00:07:07,480 --> 00:07:11,200 Apa kata kita buat anak kita hari ini? 80 00:07:18,800 --> 00:07:20,720 Saya belum mandi lagi. 81 00:07:24,360 --> 00:07:26,320 Sebab itu saya terangsang. 82 00:08:28,000 --> 00:08:29,240 Nama dan nama keluarga! 83 00:08:30,280 --> 00:08:31,720 Nama dan nama keluarga! 84 00:08:31,800 --> 00:08:34,160 Van Hoek. Arjen Van Hoek! 85 00:08:34,800 --> 00:08:35,840 Van Hoek? 86 00:08:35,920 --> 00:08:37,159 Tremer! Saya cari lelaki bernama Tremer! 87 00:08:40,280 --> 00:08:41,480 Sayalah! 88 00:08:42,080 --> 00:08:43,679 Saya Tremer! 89 00:08:44,400 --> 00:08:45,559 - Awak? - Ya! 90 00:08:45,640 --> 00:08:47,559 Jadi awak perlu ikut kami, puan. 91 00:08:47,640 --> 00:08:50,080 - Ikut mereka? - Bertenang, Arjen. 92 00:08:50,600 --> 00:08:52,280 Apa awak lakukan? 93 00:08:52,360 --> 00:08:54,200 Saya perlu bantu mereka. 94 00:08:54,280 --> 00:08:58,280 Van Hoek tak patut marah. Cik ini akan pulang tanpa awak sedar pun. 95 00:08:58,360 --> 00:08:59,320 Mari pergi! 96 00:09:39,080 --> 00:09:42,320 Saya nampak tempat salai Van Hoek. 97 00:09:44,000 --> 00:09:46,600 Di mana dia belajar buat begitu? Bukan di negara dia, ya? 98 00:09:47,520 --> 00:09:50,320 - Kenapa bukan? - Mereka tiada hutan. 99 00:09:50,400 --> 00:09:53,160 Maksud saya… Tiada kayu nak salai ikan. 100 00:09:59,280 --> 00:10:01,080 Awak takut terbang? 101 00:10:01,800 --> 00:10:03,640 Penerbangan itu tak menakutkan. 102 00:10:03,720 --> 00:10:06,960 Pendaratan… Itu paling teruk. 103 00:10:07,720 --> 00:10:08,920 Itu benar. 104 00:10:25,560 --> 00:10:27,320 Lt. Kol. Macioszek, timbalan saya. 105 00:10:27,400 --> 00:10:28,280 - Hai. - Hai. 106 00:10:28,360 --> 00:10:30,120 Sila masuk. Silakan. 107 00:10:30,720 --> 00:10:31,800 Duduk di belakang. 108 00:10:40,080 --> 00:10:43,200 - Mereka ke kawasan banjir? - Tak! Mereka terlibat dalam latihan NATO. 109 00:10:43,280 --> 00:10:46,520 - Beg-beg pasir itu? - Mereka nak guna untuk kuatkan kubu. 110 00:11:01,960 --> 00:11:03,800 Daripada Bapa Suci. 111 00:11:05,160 --> 00:11:07,840 Dia melawat kami pada awal Jun. 112 00:11:08,880 --> 00:11:11,600 Puan takkan percaya betapa sederhananya dia. 113 00:11:12,640 --> 00:11:14,120 Hujan lebat waktu itu, betul tak, Macioszek? 114 00:11:14,760 --> 00:11:15,960 Ya, tuan! 115 00:11:16,040 --> 00:11:18,680 Dia tetap berdiri dengan topinya yang ada rumbai itu, 116 00:11:18,760 --> 00:11:21,760 mendengar pancaragam kami, saya beritahu puan, 117 00:11:21,840 --> 00:11:23,840 bukan nak menyakiti hati sesiapa. 118 00:11:25,800 --> 00:11:27,560 Puan seorang penganut, ya? 119 00:11:27,640 --> 00:11:29,000 Tak juga. 120 00:11:33,960 --> 00:11:37,040 - Awak dah lama jauh daripadanya, ya? - Ya. 121 00:11:37,120 --> 00:11:39,040 Ada perubahan yang besar. 122 00:11:48,920 --> 00:11:51,640 MASA DEPAN CERAH UNTUK POLAND JAKUB MARCZAK 123 00:12:21,000 --> 00:12:22,400 Kenapa lambat? Semua dah tiba. 124 00:12:22,480 --> 00:12:24,120 Saya tunjuk bandar ini kepada Cik Tremer. 125 00:12:24,200 --> 00:12:26,640 Wanita ini bukan nak bersiar-siar. 126 00:12:27,800 --> 00:12:29,600 - Helo. - Hei. 127 00:12:45,840 --> 00:12:47,680 Saya faham ada keperluan keselamatan. 128 00:12:47,760 --> 00:12:50,160 Tapi tingkat 20? Itu ekstrem, ya? 129 00:12:58,160 --> 00:13:00,200 Ibu pejabat awak bersebelahan stesen TV? 130 00:13:00,280 --> 00:13:02,080 Ya. Sebab itu ia di tingkat 20. 131 00:13:02,160 --> 00:13:05,360 Kekal rapat dengan kawan dan lebih rapat dengan musuh. 132 00:13:07,680 --> 00:13:12,440 TELEVISYEN MERKURY 133 00:13:13,040 --> 00:13:14,480 Helo! 134 00:13:14,560 --> 00:13:16,240 Helo, semua! 135 00:13:16,320 --> 00:13:17,840 Ini Cik Tremer. 136 00:13:17,920 --> 00:13:21,720 Biar saya kenalkan semua orang. Dr. Sławomir Góra. 137 00:13:21,800 --> 00:13:24,360 Bertanggungjawab untuk Hospital Pakar Wrocław. 138 00:13:24,440 --> 00:13:25,520 Helo. 139 00:13:25,600 --> 00:13:28,360 Ini Ketua Polis Andrzej Talarek. 140 00:13:30,800 --> 00:13:32,480 - Ini pula… - Oh, maaf. 141 00:13:32,560 --> 00:13:34,760 …pembantu ibu pejabat kami, Maja Kruk. 142 00:13:34,840 --> 00:13:36,800 - Hai. - Sila duduk. 143 00:13:36,880 --> 00:13:37,760 Okey. 144 00:13:37,840 --> 00:13:41,360 Awak dah kenal Kol. Czacki dan Lt. Kol. Macioszek. 145 00:13:41,960 --> 00:13:44,120 Ini ialah pakar-pakar hidrologi kita. 146 00:13:44,200 --> 00:13:45,360 Profesor Jan Nowak. 147 00:13:45,440 --> 00:13:48,160 Saya Ketua Jabatan Hidrogeologi Silesian Hilir. 148 00:13:48,240 --> 00:13:49,720 Ini ialah Dr. Piepka. 149 00:13:51,600 --> 00:13:55,080 Saya tak setuju mereka mengganggu awak. 150 00:13:55,160 --> 00:13:56,840 Kami dapat kawal dengan baik di sini. 151 00:13:56,920 --> 00:13:59,520 - Kami tak perlu sebarang sokongan. - Ya… 152 00:13:59,600 --> 00:14:02,760 Awak pernah dengar tentang kajian terkini Prof. Nowak? 153 00:14:02,840 --> 00:14:04,480 "Kipas aluvium dan kitaran sungai kawalan banjir 154 00:14:04,560 --> 00:14:05,680 di aliran hilir mereka." 155 00:14:05,760 --> 00:14:08,960 Usaha menempa sejarah dalam kaedah kawalan banjir. 156 00:14:09,640 --> 00:14:12,160 Tapi Wrocław terletak di aliran tengah sungai, bukan? 157 00:14:13,560 --> 00:14:17,920 Ketua Bomba Kolski akan sertai kita nanti. 158 00:14:18,000 --> 00:14:20,120 Kita menunggu Datuk Bandar. 159 00:14:20,200 --> 00:14:22,240 - Awak pula, En. Marczak? - Kenapa dengan saya? 160 00:14:22,320 --> 00:14:23,240 Apa peranan awak? 161 00:14:26,960 --> 00:14:28,320 Saya pemangku Gabenor Wilayah. 162 00:14:28,400 --> 00:14:29,760 Di mana gabenor sebenar? 163 00:14:30,680 --> 00:14:33,600 Dia ke Amerika menguruskan kontrak untuk wilayah. 164 00:14:33,680 --> 00:14:36,200 Begitu. Tepat pada masanya. 165 00:14:36,280 --> 00:14:38,760 Awak belajar di Utrecht, bukan? 166 00:14:38,840 --> 00:14:41,040 Doktor falsafah? 167 00:14:41,120 --> 00:14:44,000 Tapi tanpa ijazah pasca kedoktoran? 168 00:14:44,080 --> 00:14:45,640 Sebab awak nampak terlalu muda. 169 00:14:46,760 --> 00:14:48,080 Betul. 170 00:14:48,160 --> 00:14:50,600 Saya lebih suka kerja lapangan daripada penyelidikan teori. 171 00:14:50,680 --> 00:14:51,880 Juga kenapa Belanda? 172 00:14:53,360 --> 00:14:55,360 Apa awak tak suka tentang Poland? 173 00:14:56,520 --> 00:14:57,760 Tiada kedai kopi. 174 00:14:58,440 --> 00:15:00,640 - Apa? - Tiada kedai kopi! 175 00:15:00,720 --> 00:15:02,240 Selamat tengah hari! 176 00:15:02,880 --> 00:15:04,840 Maaf saya terlambat. 177 00:15:04,920 --> 00:15:08,240 " Tiada siapa sempurna." 178 00:15:09,800 --> 00:15:11,680 Datuk Bandar, ini Cik Tremer. 179 00:15:12,320 --> 00:15:15,600 Mesej faks yang awak hantar mengejutkan saya. 180 00:15:15,680 --> 00:15:17,840 Saya hanya simpulkan daripada pelbagai sumber. 181 00:15:18,840 --> 00:15:20,240 En. Marczak bercerita banyak tentang awak. 182 00:15:20,320 --> 00:15:22,040 Dia tak berhenti memuji saya, betul? 183 00:15:23,280 --> 00:15:24,640 Ya, tepat sekali. 184 00:15:24,720 --> 00:15:27,040 Okey, mari mula. Kita kesuntukan masa. 185 00:15:27,120 --> 00:15:29,920 Profesor, kita ada sebarang data baharu? 186 00:15:30,000 --> 00:15:34,160 Kiraan saya mencadangkan Wrocław boleh tidur dengan aman. 187 00:15:35,120 --> 00:15:37,040 Malam tadi, Kłodzko telah banjir. 188 00:15:38,240 --> 00:15:40,440 Banjir melanda Kłodzko sekurang-kurangnya sekali sedekad. 189 00:15:40,520 --> 00:15:43,920 - Tiada yang luar biasa. - Tapi, air mengalir ke Wrocław. 190 00:15:44,000 --> 00:15:46,680 - Kłodzko bukan Wrocław. - Itu lebih teruk. 191 00:15:46,760 --> 00:15:47,600 Kenapa? 192 00:15:49,400 --> 00:15:51,240 Kłodzko dilanda banjir gunung biasa. 193 00:15:51,320 --> 00:15:55,000 Air mengalir deras ke bandar, tapi cepat surut. 194 00:15:55,080 --> 00:15:56,880 Di Wrocław, jika sungai melimpah, 195 00:15:56,960 --> 00:15:59,040 air akan kekal. Takkan mengalir sebab tiada laluan. 196 00:15:59,120 --> 00:16:01,600 Kecuali takkan ada limpahan di Wrocław. 197 00:16:02,280 --> 00:16:03,760 Kita tahu tahap air hari ini? 198 00:16:03,840 --> 00:16:06,840 Ya. Lebih sikit daripada tahap amaran. 199 00:16:06,920 --> 00:16:10,320 Bukan sikit, tapi beberapa sentimeter. 200 00:16:10,880 --> 00:16:11,960 Berapa sebenarnya? 201 00:16:12,040 --> 00:16:13,200 Sedikit. 202 00:16:17,520 --> 00:16:20,000 Tuan-tuan, tolong beritahu… Protokol pengurusan banjir… 203 00:16:20,080 --> 00:16:23,160 Kita di titik mana? 204 00:16:23,240 --> 00:16:26,080 Biar saya jelaskan. Kita di Titik Satu. 205 00:16:26,160 --> 00:16:28,760 Kami naikkan sekatan dan kosongkan bendung. 206 00:16:28,840 --> 00:16:30,760 Sekarang, kami melepaskan air di Gierżoniów. 207 00:16:33,400 --> 00:16:35,800 Ini jawapan muktamad awak untuk banjir, bukan? 208 00:16:36,840 --> 00:16:40,320 Protokol itu disediakan oleh Prof. Teuffel, gergasi hidrologi. 209 00:16:40,400 --> 00:16:43,520 Bagus. Tapi ini bertarikh 1960-an. 210 00:16:44,160 --> 00:16:45,440 Awak berterusan mengganggu-gugat segalanya. 211 00:16:46,440 --> 00:16:47,880 Semua, tolonglah! 212 00:16:47,960 --> 00:16:52,080 Kita ambil berat tentang hal sama, bukan? Keselamatan bandar kita. 213 00:16:52,160 --> 00:16:56,000 Tuan-tuan ini tak setuju tentang bagaimana aliran banjir akan melanda Wrocław. 214 00:16:56,080 --> 00:16:59,240 Sebab itu awak dijemput untuk berunding tentang ini. 215 00:16:59,320 --> 00:17:01,640 Ia akan melanda Wrocław dengan teruk, tuan. 216 00:17:01,720 --> 00:17:04,160 Boleh awak beri jawapan tepat? 217 00:17:04,760 --> 00:17:06,880 Hospital mana dalam bahaya? 218 00:17:08,000 --> 00:17:10,680 Tiada jawapan tepat sebab saya belum sediakan satu model pun. 219 00:17:10,760 --> 00:17:13,640 Sejurus saya sediakan, saya akan beri jawapan awak. 220 00:17:14,680 --> 00:17:17,920 Bolehkah model awak terus membuang segala keraguan? 221 00:17:18,800 --> 00:17:20,640 Kita berdepan sebuah daya berkuasa. 222 00:17:20,720 --> 00:17:23,839 Jadi tiada jawapan jelas. Bukan sekarang, atau di masa depan. 223 00:17:23,920 --> 00:17:25,359 Sebenarnya, kita tak arif tentang Sungai Oder. 224 00:17:25,440 --> 00:17:27,040 Kita hanya tahu tentangnya dalam 50 tahun saja, bukan? 225 00:17:27,119 --> 00:17:29,280 Jadi awak takkan beri sebarang jawapan? 226 00:17:29,359 --> 00:17:30,839 Betulkah apa yang saya faham? 227 00:17:30,920 --> 00:17:34,160 Saya akan beri awak jawapan. Tapi lebih daripada satu. Ia juga tak jelas. 228 00:17:34,680 --> 00:17:38,080 Baiklah… Tapi, kami mahu awak buat model ini, Cik Tremer. 229 00:17:38,160 --> 00:17:40,560 Baik. Saya perlu data daripada awak. 230 00:17:40,640 --> 00:17:42,640 Saya perlu kapasiti aliran dasar sungai. 231 00:17:42,720 --> 00:17:44,000 Saya perlu kederasan Oder dan muara. 232 00:17:44,080 --> 00:17:47,040 Penting sekali, sila sediakan peta terkini awak. 233 00:17:47,120 --> 00:17:49,720 Dengan itu model akan tepat. Paling tepat. 234 00:17:49,800 --> 00:17:51,160 Terima kasih. 235 00:17:51,240 --> 00:17:53,280 - Kita akan beri semua data? - Ya, tuan. 236 00:17:53,360 --> 00:17:54,880 Saya perlu ukur beberapa perkara. 237 00:17:54,960 --> 00:17:57,720 Maaf, bagaimana dengan takungan di Gierżoniów? 238 00:17:57,800 --> 00:17:59,960 - Kenapa? - Air mesti dilepaskan. 239 00:18:00,560 --> 00:18:02,360 Kenapa? Ia sepatutnya berlaku sekarang. 240 00:18:02,440 --> 00:18:06,000 Ya, tapi pengurus takungan itu… Dia agak lembab. 241 00:18:06,080 --> 00:18:08,840 Dia tak izinkan anggota saya masuk. 242 00:18:08,920 --> 00:18:11,280 Saya sendiri akan uruskannya, Datuk Bandar. 243 00:18:12,760 --> 00:18:14,040 Selamat tinggal! 244 00:18:14,600 --> 00:18:17,720 JABATAN BOMBA 245 00:18:17,800 --> 00:18:20,120 Tuan-tuan, kita tahu apa perlu dilakukan. 246 00:18:21,360 --> 00:18:23,160 - Jumpa esok. - Selamat tinggal. 247 00:18:47,600 --> 00:18:49,320 Hari yang teruk? 248 00:18:52,200 --> 00:18:53,600 Sama macam hari lain. 249 00:18:58,040 --> 00:19:01,200 Hai, saya Ewa Rudzik. Wartawan dari Merkury TV. 250 00:19:02,080 --> 00:19:03,680 Jaśmina Tremer. 251 00:19:03,760 --> 00:19:05,960 Awak ini pakar hidrologi baharu Marczak? 252 00:19:06,040 --> 00:19:07,040 Ya. 253 00:19:07,640 --> 00:19:08,680 Saya bersimpati. 254 00:19:08,760 --> 00:19:10,880 Awak akan berurusan dengan ramai lelaki tua teruk. 255 00:19:13,560 --> 00:19:14,960 Tiada apa yang baharu. 256 00:19:16,960 --> 00:19:19,840 Begini… Awak tahu di mana saya boleh merokok dengan tenang? 257 00:19:21,120 --> 00:19:22,200 Tentulah. 258 00:19:51,040 --> 00:19:53,080 Ada perkara yang takkan berubah, ya? 259 00:19:55,400 --> 00:19:57,400 Perkara tidak berubah, tapi manusia kadangkala berubah. 260 00:19:58,040 --> 00:20:00,040 Saya dah lihat poster kempen awak. 261 00:20:01,120 --> 00:20:02,960 Agak konservatif untuk penganut anarki. 262 00:20:03,040 --> 00:20:05,240 Takkan nak terus hidup dan minum wain murah. 263 00:20:05,320 --> 00:20:07,440 Lebih baik tunggu isyarat dari pusat arahan, ya? 264 00:20:08,960 --> 00:20:11,600 Kenapa bawa saya ke sini? Awak ada pakar yang lebih hebat. 265 00:20:13,720 --> 00:20:15,840 Awak ke sini sebab awak pakar dalam bidang awak. 266 00:20:19,240 --> 00:20:21,520 Tiada niat lain pun. Faham? 267 00:20:26,200 --> 00:20:27,600 Saya dah berubah sekarang. 268 00:20:29,960 --> 00:20:31,520 Saya bertanya jika awak faham. 269 00:20:39,200 --> 00:20:40,360 Apa dia tadi? 270 00:20:40,440 --> 00:20:43,040 "Kipas aluvium dan kawalan banjir…" 271 00:20:43,120 --> 00:20:45,960 "…kitaran sungai di aliran hilir mereka." 272 00:20:46,040 --> 00:20:48,400 - Nampaknya, menempa sejarah berjaya. - Ya. 273 00:20:53,280 --> 00:20:54,440 Baiklah. 274 00:20:55,840 --> 00:20:56,760 Pergi dulu. 275 00:20:58,120 --> 00:20:59,000 Jaśka! 276 00:21:03,280 --> 00:21:04,720 Tolong, jangan gagal. 277 00:21:06,280 --> 00:21:07,480 Kuba… 278 00:21:44,400 --> 00:21:45,720 - Helo! - Hai… 279 00:21:45,800 --> 00:21:46,840 Hei, sayang. 280 00:21:46,920 --> 00:21:48,200 Awak okey? 281 00:21:49,560 --> 00:21:51,400 Saya hanya nak dengar suara awak. 282 00:21:51,480 --> 00:21:54,600 Saya rasa sunyi tanpa awak. Bila nak balik? 283 00:21:54,680 --> 00:21:57,160 Ia akan ambil masa lebih lama dari yang disangka. 284 00:21:57,240 --> 00:21:59,800 - Lebih lama? - Ya. 285 00:22:00,960 --> 00:22:02,600 Awak beri anjing-anjing makan? 286 00:22:02,680 --> 00:22:05,880 Ya. Moja tertidur atas bantal awak. 287 00:22:06,600 --> 00:22:08,080 Dah rindu awak. 288 00:22:08,160 --> 00:22:09,680 Saya cinta awak. 289 00:22:10,800 --> 00:22:12,280 Cinta awak juga. 290 00:23:26,120 --> 00:23:28,280 Awak pernah naik helikopter tentera? 291 00:23:28,360 --> 00:23:29,960 Belum lagi. 292 00:23:30,040 --> 00:23:32,720 Apa kata saya bawa awak? 293 00:23:32,800 --> 00:23:34,200 Mungkin. 294 00:23:34,280 --> 00:23:36,480 - Setiap wanita cakap begitu, tapi… - Selamat pagi! 295 00:23:36,560 --> 00:23:39,120 Selamat pagi. Awak tidur nyenyak? 296 00:23:39,200 --> 00:23:41,480 - Anggap saja nyenyak. - Marilah. 297 00:23:45,080 --> 00:23:47,840 RABU, 9 JULAI 1997, UTARA WROCŁAW 298 00:23:47,920 --> 00:23:49,840 Beberapa tahun lalu, sungai ditambak. 299 00:23:49,920 --> 00:23:52,920 Tepat sekali! Tapi kenapa pokok masih di sini? 300 00:23:53,000 --> 00:23:54,920 - Awak tahu, ia memang di sini. - Tahu. 301 00:23:55,000 --> 00:23:56,880 - Sejak zaman Jerman. - Ya. 302 00:23:56,960 --> 00:23:59,480 Lagipun, tempat ini nampak lebih cantik, bukan? 303 00:23:59,560 --> 00:24:02,040 - Ada tempat berteduh. - Ya. 304 00:24:06,480 --> 00:24:08,800 - Apa awak lakukan? - Sila baring. 305 00:24:09,760 --> 00:24:11,840 Ia bukan permintaan. Ini arahan. 306 00:24:21,320 --> 00:24:22,960 Awak boleh rasa gerakan? 307 00:24:25,240 --> 00:24:28,400 Betul. Jika paras air meningkat dua meter, dengan kelajuan ini, 308 00:24:28,480 --> 00:24:32,360 pokok-pokok ini akan buat tambak runtuh seperti istana pasir. Faham? 309 00:24:54,400 --> 00:24:55,760 Helo! 310 00:24:55,840 --> 00:24:58,000 - Helo. - Kami dari Pejabat Wilayah. 311 00:24:58,080 --> 00:25:00,840 - Apa kelajuannya? - Laporan akan siap malam ini. 312 00:25:00,920 --> 00:25:03,160 Ia sudah dua meter per saat? 313 00:25:04,120 --> 00:25:05,960 Satu perpuluhan sembilan di tengah. 314 00:25:06,040 --> 00:25:07,240 Sejam lalu, 1.8. 315 00:25:08,400 --> 00:25:11,960 - Aliran air? - Hampir kepada 2500 meter. 316 00:25:12,480 --> 00:25:13,520 Berapa hampir? 317 00:25:15,360 --> 00:25:16,680 Sangat hampir. 318 00:26:08,280 --> 00:26:11,880 STESEN AIR DI KĘTY 319 00:26:18,600 --> 00:26:21,920 PENYELAMAT AIR 320 00:26:27,800 --> 00:26:29,400 Berhenti sekejap. 321 00:26:41,560 --> 00:26:43,320 Puan boleh kencing di sebalik pokok. 322 00:26:45,240 --> 00:26:46,440 Saya takkan intai. 323 00:26:47,400 --> 00:26:48,880 Saya akan datang balik, okey? 324 00:27:01,800 --> 00:27:03,240 Maafkan saya! 325 00:27:04,640 --> 00:27:05,800 Hei! 326 00:27:12,960 --> 00:27:15,240 - Helo! - Helo. 327 00:27:16,080 --> 00:27:17,320 Cantiknya rumah ini. 328 00:27:19,440 --> 00:27:20,720 Terima kasih. 329 00:27:21,640 --> 00:27:23,200 Rumah tertua di kawasan ini. 330 00:27:23,280 --> 00:27:25,400 Dah berapa lama pokok ini bertukar kuning? 331 00:27:25,480 --> 00:27:27,520 Tak lama. Saya rasa sebab sejenis parasit. 332 00:27:28,960 --> 00:27:30,120 Awak ada bilik bawah tanah? 333 00:27:30,720 --> 00:27:32,520 Awak inspektor bangunan? 334 00:27:32,600 --> 00:27:34,880 Saya nampak seperti itu? 335 00:27:34,960 --> 00:27:37,280 Saya pakar hidrologi dari Wrocław. Jaśmina Tremer. 336 00:27:37,360 --> 00:27:39,160 Saya mengawasi paras air bawah tanah. 337 00:27:42,960 --> 00:27:44,640 Boleh lihat bilik bawah tanah awak? 338 00:27:57,440 --> 00:27:58,520 Awak tinggal di sini? 339 00:27:58,600 --> 00:28:01,640 Tak, ayah saya. Saya tinggal di luar negara. 340 00:28:03,680 --> 00:28:06,040 - Berapa lama dia di sini? - Sejak perang tamat. 341 00:28:06,120 --> 00:28:07,840 Boleh saya cakap dengannya? 342 00:28:07,920 --> 00:28:09,600 - Tak, dia di hospital. - Oh, maaf… 343 00:28:09,680 --> 00:28:10,880 Kenapa awak tanya? 344 00:28:10,960 --> 00:28:15,920 Cuma… Dia mungkin boleh beritahu apa berlaku di sini ketika banjir lepas. 345 00:28:17,440 --> 00:28:18,960 Dia akan kembali dalam dua minggu. 346 00:28:21,360 --> 00:28:22,560 Silakan. 347 00:28:45,120 --> 00:28:46,520 Memang basah. 348 00:28:46,600 --> 00:28:47,800 Yakah? 349 00:28:52,360 --> 00:28:53,800 Ia kering seminggu lalu. 350 00:28:54,800 --> 00:28:56,720 Masalah selalu terjadi di sini. 351 00:29:07,040 --> 00:29:08,560 Ayah awak pemancing? 352 00:29:09,320 --> 00:29:10,560 Tak. Dia tak suka ikan. 353 00:29:11,800 --> 00:29:14,120 Maaf, saya perlu buat panggilan, tapi isyarat hanya ada di atas sana. 354 00:29:14,200 --> 00:29:15,080 Baik. 355 00:29:17,680 --> 00:29:19,440 Ini laluan atas apa? 356 00:29:19,520 --> 00:29:20,840 Untuk kereta api. 357 00:29:20,920 --> 00:29:23,920 Kereta api Opole-Wrocław pernah lalu sana sebelum perang. 358 00:29:29,000 --> 00:29:30,160 Selamat tinggal! 359 00:29:30,760 --> 00:29:32,000 Selamat tinggal! 360 00:29:35,720 --> 00:29:37,600 Helo, ini Andrzej Rębacz. 361 00:29:37,680 --> 00:29:40,000 Saya telefon nak tanya keadaan ayah saya. 362 00:29:41,440 --> 00:29:44,720 TAKUNGAN DI GIERŻONIÓW 363 00:30:01,240 --> 00:30:03,200 Maaf! Di mana pengurus? 364 00:30:03,280 --> 00:30:04,560 Di sana. 365 00:30:15,000 --> 00:30:16,400 En. Woroń! 366 00:30:16,480 --> 00:30:18,440 - Apa benda ini? - Oh, helo! 367 00:30:18,520 --> 00:30:20,600 Awak tak tahu? Regata Golden Keel. 368 00:30:21,200 --> 00:30:23,720 Apa? Gelombang banjir akan tiba! 369 00:30:23,800 --> 00:30:26,200 Saya suruh kosongkan takungan untuk pembendungan. 370 00:30:26,280 --> 00:30:29,360 - Ya, saya faham, tapi… - Tiada "tapi"! 371 00:30:30,000 --> 00:30:31,440 Lepaskan air sekarang! 372 00:30:32,440 --> 00:30:34,120 Adang-adang dan pentas? 373 00:30:34,200 --> 00:30:35,320 Budak-budak saya bekerja keras selama seminggu. 374 00:30:36,120 --> 00:30:37,360 - Adang-adang apa? - Tapi… 375 00:30:37,440 --> 00:30:39,160 Muktamad. Arahan pihak atasan. 376 00:30:40,320 --> 00:30:42,400 Okey. Saya faham. 377 00:30:42,480 --> 00:30:43,640 Muktamad. 378 00:30:44,760 --> 00:30:46,120 Kami akan lakukannya! 379 00:30:46,200 --> 00:30:47,280 Secepat mungkin. 380 00:30:47,360 --> 00:30:49,760 Secepat mungkin, En. Woroń? Sekarang! 381 00:30:49,840 --> 00:30:50,960 Sekarang… 382 00:30:55,080 --> 00:30:56,880 Habislah. 383 00:30:56,960 --> 00:30:58,720 Saya dah cakap dia lembab. 384 00:30:59,760 --> 00:31:01,440 Sembilan Julai yang cerah… 385 00:31:01,520 --> 00:31:03,320 Ini kopi untuk awak. 386 00:31:04,640 --> 00:31:05,760 Sandwic. 387 00:31:06,520 --> 00:31:08,720 - Ambil sikit telur. - Untuk apa, mak? 388 00:31:08,800 --> 00:31:12,400 Kamu akan masak telur hancur lepas syif malam. 389 00:31:17,920 --> 00:31:19,560 Kembali dalam lima minit. 390 00:31:20,600 --> 00:31:24,640 PASAR BASIA 391 00:31:24,720 --> 00:31:26,280 - Jumpa lagi! - Hai! 392 00:31:26,360 --> 00:31:27,920 - Oh, hai! - Itu pun kamu! 393 00:31:28,000 --> 00:31:30,080 Hai, Cik Basia. Saya ada satu senarai. 394 00:31:30,160 --> 00:31:31,400 Aduhai. 395 00:31:31,480 --> 00:31:33,520 Awak ada roti sourdough lagi? 396 00:31:33,600 --> 00:31:35,480 Saya simpan dua buku untuk awak. 397 00:31:35,560 --> 00:31:37,240 - Bagus. - Nah. 398 00:31:37,920 --> 00:31:40,320 Apa lagi dalam senarai ini? 399 00:31:41,000 --> 00:31:41,840 Pâté, keju… 400 00:31:41,920 --> 00:31:43,840 - Saya ambil air ini. - Baik. 401 00:31:45,600 --> 00:31:47,200 - Cik Basia… - Ya? 402 00:31:47,280 --> 00:31:50,040 Boleh saya minta tolong? Awak tahu… 403 00:31:52,200 --> 00:31:53,800 Ia tentang… 404 00:31:53,880 --> 00:31:55,720 Kuba, saya mendengar radio. 405 00:31:55,800 --> 00:31:58,000 Saya tahu awak sibuk bekerja sekarang. 406 00:31:58,080 --> 00:31:59,320 Saya akan bantu awak. 407 00:31:59,840 --> 00:32:03,040 - Terima kasih. - Tunggu! Saya ada sesuatu untuk awak. 408 00:32:03,720 --> 00:32:05,360 Sesuatu yang istimewa. 409 00:32:07,200 --> 00:32:09,240 - Saya ambil satu beg. - Baik. 410 00:32:09,320 --> 00:32:12,280 Wah! Saya sangat hargainya, puan. 411 00:32:20,320 --> 00:32:22,720 - Kuba, awakkah itu? - Ya! 412 00:32:34,560 --> 00:32:36,840 - Tak sangka awak datang hari ini. - Majalah… 413 00:32:36,920 --> 00:32:39,200 Bagaimana dengan politik? 414 00:32:40,280 --> 00:32:43,040 Beritahu saya. Hiburkan wanita tua ini. 415 00:32:43,120 --> 00:32:45,400 "Semua haiwan sama." Cerita sama saja. 416 00:32:45,480 --> 00:32:46,880 - Awak pasti? - Ya. 417 00:32:46,960 --> 00:32:48,000 Kuba… 418 00:32:48,960 --> 00:32:52,920 Boleh bantu saya bangun? Sekejap… 419 00:32:53,000 --> 00:32:55,320 Saya perlu bergerak sikit. 420 00:32:55,400 --> 00:32:58,760 Kudis tekanan ini buat saya berjaga. 421 00:32:58,840 --> 00:33:00,200 Sekejap… 422 00:33:01,520 --> 00:33:03,520 Kita berjaya! 423 00:33:03,600 --> 00:33:05,400 Biarkan, saya akan buang. 424 00:33:05,480 --> 00:33:06,840 Tak mengapa. 425 00:33:06,920 --> 00:33:09,200 Bila ahli fisioterapi akan datang? 426 00:33:09,280 --> 00:33:11,480 Awak tahu tak? 427 00:33:11,560 --> 00:33:14,200 Dia sedang bercuti hingga hujung Julai. 428 00:33:15,720 --> 00:33:17,720 Jadi apa akan berlaku kepada saya? 429 00:33:17,800 --> 00:33:19,240 Segalanya akan okey. 430 00:33:21,960 --> 00:33:23,240 Semua akan okey. 431 00:33:24,600 --> 00:33:27,280 - Saya mungkin tak datang beberapa hari. - Oh Jesus… 432 00:33:28,160 --> 00:33:29,680 Saya ada banyak kerja. 433 00:33:29,760 --> 00:33:33,600 Tapi saya dah cakap dengan Cik Basia. Dia akan bantu uruskan segalanya. 434 00:33:33,680 --> 00:33:35,720 Saya tak suka dia. Dia penyibuk. 435 00:33:35,800 --> 00:33:36,680 Itu yang terbaik. 436 00:33:37,360 --> 00:33:39,280 Dia sediakan makanan tengah hari ini. 437 00:33:41,680 --> 00:33:42,880 Saya terpaksa pergi. 438 00:33:43,880 --> 00:33:46,040 Ada apa-apa awak nak beritahu saya, Kuba? 439 00:33:47,760 --> 00:33:49,000 Beritahu saya! 440 00:33:50,440 --> 00:33:52,400 Tiada apa-apa, Cik Lena. 441 00:33:52,480 --> 00:33:53,480 Pergi dulu. Selamat tinggal. 442 00:33:55,000 --> 00:33:56,120 Malangnya. 443 00:33:57,360 --> 00:33:58,800 Terima kasih! 444 00:34:07,720 --> 00:34:11,080 Jambatan akan bertahan. Tapi tidak untuk tambak dengan pokok-pokok. 445 00:34:11,160 --> 00:34:12,840 Puan, segalanya akan bertahan. 446 00:34:13,600 --> 00:34:16,679 Lagipun, protokol tiada titik untuk aliran 3600 meter. 447 00:34:17,880 --> 00:34:19,760 Jadi mungkin awak patut tambahnya? 448 00:34:22,320 --> 00:34:23,679 Boleh awak berhenti menaip? 449 00:34:28,800 --> 00:34:31,120 Kita ada berminggu-minggu untuk sediakannya. 450 00:34:31,800 --> 00:34:32,760 Berminggu-minggu. 451 00:34:32,840 --> 00:34:34,840 Saya akan sertai awak nanti! 452 00:34:36,560 --> 00:34:38,800 Helo, semua, maaf terlambat. 453 00:34:41,080 --> 00:34:42,199 Ke mana awak pergi? 454 00:34:42,280 --> 00:34:46,800 Uruskan hal penting, Datuk Bandar. Tapi saya dah sampai. Bertenang. 455 00:34:50,320 --> 00:34:51,360 Apa masalahnya? 456 00:34:51,960 --> 00:34:53,840 Cik Tremer cakap Wrocław akan banjir. 457 00:34:53,920 --> 00:34:55,719 Saya ulangi, hipotesis ini tak benar. 458 00:34:56,480 --> 00:34:58,199 Aliran takkan melebihi 2700. 459 00:34:58,280 --> 00:34:59,719 Ia dah 2500. 460 00:34:59,800 --> 00:35:02,440 Juga banyak air di bawah Wrocław hingga pokok jadi kuning. 461 00:35:02,520 --> 00:35:04,880 - Ibu pejabat polis akan banjir? - Di mana? 462 00:35:04,960 --> 00:35:06,120 Di Podwale. 463 00:35:06,200 --> 00:35:08,720 Tak. Kawasan Psie Pole dan bahagian utara dalam bahaya. 464 00:35:08,800 --> 00:35:11,000 - Pusat bandar? - Ia lebih selamat. 465 00:35:11,080 --> 00:35:12,560 Hentikan perkara mengarut ini. 466 00:35:12,640 --> 00:35:15,520 Banjir terakhir di Wrocław adalah pada 1903. 467 00:35:15,600 --> 00:35:18,600 Kita ada persimpangan sungai di Wrocław dan tambak yang kukuh. 468 00:35:18,680 --> 00:35:20,240 Model ini tipu! 469 00:35:20,320 --> 00:35:24,440 Jadi kenapa awak bawa saya ke sini jika awak lebih tahu tentangnya? Kenapa? 470 00:35:24,520 --> 00:35:26,160 Bukan saya, tapi En. Marczak. 471 00:35:26,800 --> 00:35:30,120 Adakah kita perlu pindahkan hospital di Traugutta? Maaf? 472 00:35:31,160 --> 00:35:34,880 En. Nowak, hospital di Traugutta, kita perlu pindahkan atau tak? 473 00:35:34,960 --> 00:35:38,800 - Boleh kita cetak ini? - Ini penipuan awak. 474 00:35:38,880 --> 00:35:42,320 Sekejap… Semua, tolong cuba bertenang. 475 00:35:42,400 --> 00:35:44,080 Kita di sini atas sebab tertentu. 476 00:35:44,160 --> 00:35:46,480 Kita patut bekerjasama. Ini penting. Juga lebih penting… 477 00:35:46,560 --> 00:35:47,680 Maaf! 478 00:35:48,880 --> 00:35:51,720 - Ya? - Saya penghantar piza. 479 00:35:51,800 --> 00:35:54,560 Aduhai, awak semua pesan piza? 480 00:35:57,120 --> 00:35:58,440 Tahniah. 481 00:35:59,080 --> 00:36:00,720 Apa? Pepperoni. 482 00:36:01,360 --> 00:36:03,680 Kolonel, tolong hantar saya pulang. 483 00:36:03,760 --> 00:36:06,000 Macioszek, hubungi helikopter. 484 00:36:06,080 --> 00:36:07,000 Baik, tuan. 485 00:36:07,080 --> 00:36:09,720 Awak dah bawa masalah dan sekarang nak balik? 486 00:36:09,800 --> 00:36:11,680 Kenapa takutkan orang dan cakap perkara bodoh? 487 00:36:11,760 --> 00:36:12,840 Jaśka! 488 00:36:12,920 --> 00:36:14,120 Jaśka! 489 00:36:21,080 --> 00:36:23,040 Terima kasih atas perjumpaan ini. 490 00:36:23,120 --> 00:36:25,440 Kembali ke tugas masing-masing. 491 00:36:26,600 --> 00:36:29,320 Cik Tremer telah banyak bantu kita. 492 00:36:34,760 --> 00:36:36,600 Apa awak buat jika jadi saya? 493 00:36:37,240 --> 00:36:38,880 Saya pura-pura tak melihatnya. 494 00:36:39,520 --> 00:36:41,480 Saya tak cakap tentang metadon. 495 00:36:41,560 --> 00:36:42,800 Maksud saya banjir. 496 00:36:44,600 --> 00:36:48,000 Saya akan buka tambak untuk cipta sebuah koridor supaya sungai mengalir. 497 00:36:48,080 --> 00:36:49,040 Maksudnya? 498 00:36:49,920 --> 00:36:52,720 Maksudnya laluan pintas di Domaniewo. Rupa buminya sesuai. 499 00:36:52,800 --> 00:36:54,160 Seperti dilakukan sebelum ini. 500 00:36:54,240 --> 00:36:56,440 Kita akan pecahkan tambak? 501 00:36:56,520 --> 00:36:58,120 Bukankah tambak halang banjir? 502 00:36:58,200 --> 00:37:00,840 Kuba, ia meningkatkan paras air. Ia sesuai untuk banjir kecil. 503 00:37:00,920 --> 00:37:03,640 Ia tak produktif untuk banjir besar. 504 00:37:03,720 --> 00:37:07,320 - Banjir yang akan melanda Wrocław. - Awak pasti ia boleh bantu? 505 00:37:07,400 --> 00:37:11,440 - Tiada perkara yang "pasti". - Jadi, Domaniewo? 506 00:37:11,520 --> 00:37:12,920 Ya! 507 00:37:36,080 --> 00:37:37,360 Di mana kita? 508 00:37:40,400 --> 00:37:41,760 Di mana kita? 509 00:37:41,840 --> 00:37:43,200 Di atas Domaniewo. 510 00:37:43,960 --> 00:37:45,600 Awak pasti? 511 00:37:45,680 --> 00:37:46,800 Ya. 512 00:37:50,760 --> 00:37:52,880 Kenapa pula? 513 00:37:53,640 --> 00:37:57,040 Tiada bendung di Domaniewo. Tiada bangunan. 514 00:37:57,120 --> 00:38:00,040 Puan, saya pasti dengan kedudukan kita. 515 00:38:00,720 --> 00:38:04,280 Paras sungai tinggi beberapa tahun lalu untuk Kilang Tenusu Łatka. 516 00:38:04,960 --> 00:38:07,040 Lihat, bangunan-bangunan di bawah. 517 00:38:07,120 --> 00:38:09,840 PETA TOPOGRAFIK: 1967 518 00:38:11,360 --> 00:38:12,560 Tak guna. 519 00:38:14,600 --> 00:38:16,720 - Kita perlu patah balik. - Apa? 520 00:38:16,800 --> 00:38:18,440 Patah balik! Sekarang! 521 00:38:36,840 --> 00:38:38,400 Apa awak buat di sini? 522 00:38:38,480 --> 00:38:39,560 Siapa itu? 523 00:38:40,480 --> 00:38:42,360 Hentikan filem itu. Ayah akan kembali. 524 00:38:42,920 --> 00:38:44,560 - Ada masalah. - Masalah apa? 525 00:38:44,640 --> 00:38:45,640 Masalah yang serius. 526 00:38:49,640 --> 00:38:51,520 Apa maksud awak peta itu dah lama? 527 00:38:51,600 --> 00:38:53,840 Awak beritahulah. Ia bertarikh ketika Operasi Danube. 528 00:38:53,920 --> 00:38:55,120 Tapi apa maksudnya? 529 00:38:55,200 --> 00:38:57,280 Bermakna kawasan dekat sungai berubah. 530 00:38:57,360 --> 00:39:00,880 - Jadi? - Lihat pada peta awak berikan. 531 00:39:00,960 --> 00:39:03,440 Tiada bendung di Domaniewo. 532 00:39:03,520 --> 00:39:07,640 Ia telah dibina untuk Kilang Łatka, juga tiada di situ! 533 00:39:08,160 --> 00:39:09,800 Boleh awak jelaskan? 534 00:39:09,880 --> 00:39:12,640 Habislah… Model saya tiada guna. 535 00:39:12,720 --> 00:39:15,040 Meletupkan tambak di Domaniewo takkan membantu. 536 00:39:16,200 --> 00:39:17,400 Tak guna. 537 00:39:18,160 --> 00:39:20,840 Awak cakap itu satu-satunya penyelesaian terbaik. 538 00:39:20,920 --> 00:39:22,520 Arahan telah dikeluarkan. 539 00:39:23,200 --> 00:39:25,840 Kuba, awak yang beri saya peta lama! 540 00:39:25,920 --> 00:39:28,640 Pendapat pakar saya sesuai untuk 1967. 541 00:39:28,720 --> 00:39:31,360 - Ayah, berapa lama lagi? - Klara, masuklah. 542 00:39:32,760 --> 00:39:34,520 - Selamat malam. - Masuklah. 543 00:39:36,840 --> 00:39:38,760 Jika awak perlukan saya, saya ada di Hotel Oder. 544 00:39:51,000 --> 00:39:52,600 Siapa wanita itu? 545 00:39:54,240 --> 00:39:56,240 Rakan kerja. Seorang ahli hidrologi. 546 00:39:58,320 --> 00:39:59,680 Apa dia nak? 547 00:39:59,760 --> 00:40:01,520 Ayah tak boleh cakap sekarang. 548 00:40:14,080 --> 00:40:15,160 Tuan! 549 00:40:19,520 --> 00:40:22,240 Czacki bercakap. Helo? 550 00:40:22,320 --> 00:40:24,120 Kolonel, helo? 551 00:40:25,400 --> 00:40:26,800 Kolonel Czacki! 552 00:40:27,400 --> 00:40:28,680 Helo? 553 00:40:28,760 --> 00:40:30,080 Helo? 554 00:40:31,080 --> 00:40:32,760 Tak boleh dengar apa-apa. 555 00:40:34,200 --> 00:40:37,360 Baiklah, Marek. Beri ruang dan letupkan. 556 00:40:39,160 --> 00:40:40,760 Letupkan sekarang. 557 00:43:47,520 --> 00:43:50,120 TIADA HAIWAN DICEDERAKAN SEMASA PENGGAMBARAN SIRI INI. 558 00:43:50,200 --> 00:43:51,440 SIRI INI IALAH VISI ARTISTIK PENCIPTA, INSPIRASI DARIPADA KEJADIAN SEBENAR. 559 00:43:51,520 --> 00:43:52,800 WATAK-WATAK DAN KEJADIAN DIREKA UNTUK CERITA INI. 560 00:43:52,880 --> 00:43:55,200 Terjemahan sari kata oleh Shakhiah Zainuddin